Menyemarakkan Semangat Patriotisme Sempena Program Semarak Merdeka UPM 2023 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Menyemarakkan Semangat Patriotisme Sempena Program Semarak Merdeka UPM 2023

Menyemarakkan Semangat Patriotisme Sempena Program Semarak Merdeka UPM 2023

Ogos 2023, SERDANG – Semangat patriotik itu semestinya satu elemen yang perlu diamal dan dijiwai sepanjang masa. Dalam usaha mengangkat semangat tersebut, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah melancarkan sambutan bulan Kemerdekaan SPS 2023 pada 4 Ogos 2023. Nyanyian lagu-lagu patriotik, upacara menaikkan bendera, penyampaian puisi dan perkongsian staf telah menjadikan majlis pelancaran tersebut lebih bermakna bagi semua warga SPS yang hadir.

Dalam usaha meneruskan semangat kenegaraan tersebut, SPS telah menyertai hampir kesemua aktiviti di bawah program Semarak Merdeka UPM 2023, anjuran Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Siri program yang dijalankan sepanjang bulan Ogos ini telah menjadi satu pemangkin kepada warga SPS untuk menzahirkan semangat sayang akan negara mereka.

Pertamanya, kumpulan koir SPS yang diketuai oleh En. Irfan Ibrahim, telah mempersembahkan sebuah lagu ciptaan En.Irfan sendiri bertajuk, Madani Malaysia. Kumpulan yang dinamakan sebagai Gema Sakti itu, dianggotai oleh 22 orang peserta dari SPS, yang terdiri daripada pelbagai Unit. Sesi latihan intensif telah dijalankan sepanjang bulan dan pertandingan telah diadakan di Panggung Percubaan PKKSSAAS pada 24 Ogos 2023.

Seterusnya, komitmen PTJ dalam sambutan bulan kemerdekaan tersebut telah terserlah dengan penyertaan dalam pertandingan Kibar Jalur Gemilang inter-PTJ. Kumpulan JK yang diketuai oleh En. Arif Sulaiman telah menyediakan menyediakan bahan pembentangan menggunakan bahan kitar semula dan kesemua persembahan yang disampaikan adalah hasil kreativiti warga SPS sendiri. Barisan para juri dari PKKSSAAS telah disambut dengan bunga manggar dan nyanyian lagu Jalur Gemilang oleh barisan Pengurusan SPS. Sudut kemerdekaan, tayangan dashboard kemerdekaan, hasil aktiviti dalaman kemerdekaan dan persembahan sajak telah menjadi keunikan SPS dalam penjurian tersebut.

Akhir sekali, SPS telah turut menghantar peserta bagi pertandingan Sayembara Puisi Merdeka inter-kolej & inter-PTJ pada 22 Ogos 2023. Cik P.Pavithra telah mendeklamasikan puisi yang bertajuk Bersila Di Atas Tikar Merdeka di Panggung Percubaan PKKSSAAS, UPM dengan jumlah penyertaan keseluruhan seramai 31 orang.

Penyertaan SPS dalam kesemua aktiviti telah mencerminkan komitmen kolektif mereka dalam memupuk semangat patriotik, pada masa yang sama mengeratkan ukhuwah diantara rakan kerja di PTJ.

Tarikh Input: 06/08/2023 | Kemaskini: 06/09/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDPAf~