SERDANG, 24 Mac 2022 – Gelaran graduan membawa pelbagai makna bagi yang berkerja keras untuknya maka, usaha meraih kejayaan tersebut haruslah diraikan dengan penghormatan. Barisan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah turut berganding bahu dalam Majlis Konvokesyen UPM ke-45 bermula 19-24 Mac 2022, dalam menguruskan graduan siswazah yang bilangannya mencecah hampir 1000 orang. Proses ini telah dimulakan dengan pendaftaran, pengumpulan maklumat, hebahan, pengambilan jubah dan diakhiri dengan majlis konvokesyen itu sendiri pada 24 Mac 2022. Kebajikan dan keselesaan para graduan menjadi prioriti SPS dalam memastikan pengalaman graduasi mereka itu kekal bermakna. Pengalaman menguruskan graduan dari pelbagai latar belakang, kisah dan aspirasi, memberikan satu bentuk kesyukuran kepada setiap ahli SPS yang bertugas.
Tarikh Input: 28/03/2022 | Kemaskini: 28/04/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203