Meraikan Komitmen Warga PTJ Melalui Majlis Apresiasi | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Meraikan Komitmen Warga PTJ Melalui Majlis Apresiasi

Meraikan Komitmen Warga PTJ Melalui Majlis Apresiasi

9 Ogos, 2023, SERDANG – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) sentiasa menitikberat motivasi staf dalam meningkatkan mutu keseluruhan perkhidmatan PTJ. Dalam pada itu, majlis apresiasi staf secara tahunan adalah salah satu usaha mengiktiraf komitmen berterusan staf, dalam pelbagai aspek. Bertemakan Royal Blue pada kali ini, majlis yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Kelab SPS telah membuat persiapan selama satu (1) minggu dari segi dekorasi, pengundian pemenang dan pemilihan pemenang melalui kaedah audit.

Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Dekan SPS telah menyampaikan amanat beliau melalui ucapan perasmian/ penghargaan beliau. Prof.Dr. Zalilah telah menggariskan kepentingan semangat berpasukan dan kualiti perkhidmatan pelanggan yang perlu sentiasa ditambahbaik. Beliau juga telah menekankan aspek audit serta pematuhan kepada Pelan Strategik UPM serta SPS secara holistik. Ucapan tersebut telah menjadi satu amanat yang perlu diambil serius disamping menjadi pembakar semangat kepada semua staf yang hadir pada hari tersebut.

Berikut adalah senarai anugerah yang telah disampaikan dan senarai pemenang bagi Majlis Apresiasi SPS pada kali ini:

Anugerah

Pemenang

Anugerah People’s Choice (berdasarkan undian)

Bintang Harapan SPS

Cik Nur Nadjla binti Ahmad Razei

Bintang Mesra Pelanggan

Encik Mohd Firdaus bin Maswin

Bintang ‘Sharing Session’

Encik Muhammad Amirul Afif bin Sa’audi

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pegawai Eksekutif Tahun 2022

Puan Salwati binti Abdul Ghani

Anugerah Pengiktirafan EKSA (dinilai melalui sesi audit EKSA pada 23 Mei 2023)

Anugerah Ruang Kerja Lelaki Terbaik

Encik Wan Ahmad Syauqi bin Wan Lokman

Anugerah Ruang Kerja Wanita Terbaik (Aras bawah)

Puan Farah Nur Arina binti Misnan

Anugerah Ruang Kerja Wanita Terbaik (Aras atas)

Cik Anis Fatinah binti Jabir

Anugerah Ruang Kerja Terbaik Kategori Ahli Pengurusan

Cik Pavithra Panir Selvam

Anugerah Ruang Pejabat Terbaik

Pejabat Am Unit Pengambilan dan Unit Bantuan Kewangan

Anugerah Ruang Gunasama Terbaik

Zon Ruby

Anugerah Read@SPS (pemenang ditentukan berdasarkan undian)

Unit Akademik

Anugerah Kelestarian Hijau

- Johan

Cik Anis Fatinah binti Jabir

- Naib Johan

Puan Luna Liza binti Razali

- Tempat Ketiga

Encik Azrul Nizam bin Azmin

Anugerah Khas

Anugerah Khas Crystal

Puan Nur Nadiah binti Abdul Rahim

Anugerah Khas Quartz

Puan Rozalita binti Adnan

Anugerah Khas Carnelian

Encik Mohamad Hafiz bin Mohamad

Encik Mohd Firdaus bin Maswin

Encik Muhammad Atfi bin Md Khamijah

Puan Nur Alyani binti Mohd Yusoff@Ramli

Puan Siti Noor Alia binti Mohd Husin

Cik Thuaibah Aslamiah binti Nadzri

Encik Wan Ahmad Syauqi bin Wan Lokman

Encik Zul’ Iqbal bin Za’im

Cik Zuriyati binti Ramly

Anugerah Tokoh Pekerja Tahun 2022

Puan Nur Alyani binti Mohd Yusoff@Ramli

 

Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dekan, barisan Timbalan Dekan dan Timbalan Pendaftar SPS. Majlis tersebut digalakkan lagi dengan persembahan tayangan video, nyanyian serta gimik perasmian. Majlis telah diakhiri dengan sesi fotografi dan videografi.

   

 

 

Tarikh Input: 11/08/2023 | Kemaskini: 13/09/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDUAH~