Mesyuarat Badan Eksekutif Konsortium Universiti Ke-35 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Mesyuarat Badan Eksekutif Konsortium Universiti Ke-35

Mesyuarat Badan Eksekutif Konsortium Universiti Ke-35

7 Disember 2022, Indonesia - Southeast Asian University Consortium for Graduate Education in Agriculture and Natural Resources (UC) telah mengadakan Mesyuarat Badan Eksekutif Konsortium Universit (UCEBM)i Ke-35 secara fizikal pada 25-26 November 2022, yang diuruskan oleh Universiti Barawijaya di Malang, Indonesia. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh barisan ahlinya seperti yang berikut:

● enam (6) ahli biasa: Institut Pertanian Bogor (IPB), Universitas Gadjah Mada (UGM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kasetsart (KU), University of the Philippines Los Baños (UPLB), dan Universitas Brawijaya (UB)
● dua (2) ahli bersekutu: Tokyo University of Agriculture (Tokyo NODAI) dan National Taiwan University (NTU),
● tiga (3) ahli gabungan: Universiti Maejo, Thailand, Visayas State University, dan Central Luzon State University, kedua-duanya adalah dari Filipina dan,
● Urusetia SEARCA

UPM telah diwakili oleh Prof.DR. Zalilah Mohd Shariff, (Dekan Sekolah Pengajian Siswazah selaku Pegawai Eksekutif UC), Prof. Dr. Firdaus Mukhtar, (Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah selaku Penyelaras UC) dan Cik Nur Nadjla Ahmad Razei (Penolong Pendaftar Sekolah Pengajian Siswazah)

Dalam mesyuarat tersebut, setiap ahli UC telah membentangkan Lapaoran Penyelaras mereka dan tiga (3) cadangan telah diusulkan untuk dilaksanakan dibawah UC dan salah satunya telah disediakan oleh UPM berkaitan penawaran geran baharu. Mesyuarat tersebut telah turut menjalankan penilaian tahunan ke atas Ahli Bersekutu dan meneliti tiga (3) permohonan keahlian baharu UC yang datang dari Filipina. Pada penghujung mesyuarat, aktiviti bagi penggal 2023-2025 telah dirancang dan telah dipersetujui bahawa UPM akan mengendalikan Forum Fakulti bagio tahun 2024.

Tarikh Input: 06/12/2022 | Kemaskini: 03/01/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXDdVAP~