Pada 25 Jun 2020, Khamis minggu lalu, Mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS) Universiti Awam ke 59 telah dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting yang dipengerusikan oleh Profesor Dr. Razli Che Razak, Dekan Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Terdahulu, Mesyuarat MDPS sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 30 Mac 2020, Isnin di Dewan Senat, Aras 3, Bangunan Canselori USIM, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) namun ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang dijalankan bermula 18 Mac 2020 susulan serangan pandemik Coronavirus 2019 (COVID-19) terhadap seluruh negara.
Antara agenda Mesyuarat MDPS pada kali ini adalah pembentangan laporan atau perkembangan terkini daripada jemputan iaitu Bahagian Kecemerlangan Akademik(BKA), KPT, Bahagian Education Malaysia, KPT, Bahagian Biasiswa, KPT, Agensi Kelayakan Malaysia, MQA, Education Malaysia Global Service (EMGS) dan Jabatan Imegresen Malaysia (JIM).
Mesyuarat diteruskan dengan perkongsian daripada universiti-universiti, dan tamat pada kira-kira jam 12 tengahari.
Tarikh Input: 30/06/2020 | Kemaskini: 30/06/2020 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203