Minda Digital Dan Adaptasi AI Dalam Pekerjaan Perkasa Kompetensi Staf SPS | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH sgs
» BERITA » Minda Digital dan Adaptasi AI dalam Pekerjaan Perkasa Kompetensi Staf SPS

Minda Digital dan Adaptasi AI dalam Pekerjaan Perkasa Kompetensi Staf SPS

10 Jun 2026, Rabu – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan satu sesi perkongsian bertajuk Minda Digital dan Adaptasi AI dalam Pekerjaan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat 1, SPS. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kecekapan staf dalam mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam tugasan harian.

Sesi ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Chong Chou Min, Pensyarah Kanan dari Fakulti Pertanian, UPM yang berpengalaman dalam bidang teknologi dan inovasi digital. Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada staf SPS yang turut digalakkan membawa komputer riba masing-masing bagi menyertai aktiviti hands-on yang disediakan.

 

Sepanjang sesi berlangsung, pelbagai topik menarik telah diketengahkan, antaranya berkaitan bahaya penggunaan AI secara tidak beretika atau tanpa kawalan yang boleh memberi implikasi negatif kepada organisasi dan individu. Selain itu, penceramah turut berkongsi pelbagai trik dan tips praktikal dalam memanfaatkan aplikasi AI seperti ChatGPT dan Gemini bagi memudahkan tugasan kerja, meningkatkan produktiviti serta menjimatkan masa.

Para peserta dilihat aktif terlibat dalam sesi interaktif yang memberi peluang untuk mencuba sendiri penggunaan alat AI secara langsung. Pendekatan ini membantu meningkatkan pemahaman staf terhadap potensi sebenar teknologi tersebut dalam konteks pekerjaan seharian.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen SPS dalam memperkasa minda digital dalam kalangan warga kerjanya selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Diharapkan inisiatif sebegini dapat membantu staf menjadi lebih bersedia, kompeten dan berdaya saing dalam menghadapi era pendigitalan yang semakin pesat.

Tarikh Input: 12/06/2026 | Kemaskini: 24/07/2026 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
W, (10:38:13am-10:43:13am, 16 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]