SERDANG, 16 Mac 2022 – Kesihatan kendiri dan kecerdasan minda kini tidak lagi dikekang oleh kawalan pergerakan mahupun wabak Covid-19 kerana ia adalah tanggungjawab setiap individu yang sedar akan kepentingannya. Mendukung aspirasi YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), dalam Naratif beliau bertarikh 11 Februari 2022, gaya hidup sihat dan cergas harus menjadi antara elemen yang kian dipergiat oleh kesemua warga kampus UPM. Seiring dengan aspirasi tersebut, kesemua ahli Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah melibatkan diri dalam siri aktiviti riadah/ bersukan pada setiap hari Rabu, jam 5.30 petang. Ini melibatkan aktiviti sukan dalam dan luar bangunan, mengikut kesesuaian dan keselesaan mereka yang beriadah. Kesemua aktiviti ini telah dilaksanakan dengan mematuhi SOP yang berkuatkuasa untuk menjamin keselamatan ahli SPS yang terlibat.
Tarikh Input: 28/03/2022 | Kemaskini: 28/04/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203