2 Mei 2024, Serdang - Tanggal 1 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang amat sinonim dan bermakna bagi kesemua pekerja di Malaysia kerana ianya merupakan cuti khas bagi golongan pekerja. Tidak kiralah kita sebagai pekerja di sektor awam, sektor swasta mahupun bekerja sendiri. Ianya tetap menjadi faktor penyumbang kepada kemajuan negara.
Tema Hari Pekerja Tahun 2024 ialah ”PEKERJA KESUMA BANGSA” dan Logo Hari Pekerja 2024 bertepatan dengan penjenamaan semula Kementerian Sumber Manusia kepada KESUMA.

Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama disamping berkompetensi untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru yang merupakan faktor yang akan menentukan daya saing dan kemakmuran masa depan negara.
Sekolah Pengajian Siswazah meraikan Hari Pekerja pada tahun ini dengan mengadakan majlis ringkas Sesi Memperbaharui Aku Janji dan Ikrar Perkhidmatan Awam bagi Staf Sekolah Pengajian Siswazah. Bacaan ikrar diketuai oleh En. Mohamad Hafiz Mohamad (Penolong Pendaftar Unit Kurikulum dan Data), Puan Nur Nadiah Abdul Rahim(Pegawai Eksekutif 3), En. Arif Sulaiman (Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi)) dan Cik Siti Rahimah (Setiausaha Timbalan Dekan).
Slot ringkas itu hanya mengambil masa yang singkat, bermula pada jam 8.50 pagi dan tamat pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Putra Sarjana. Slot tersebut dihadiri keseluruhan staf SPS termasuk ahli pengurusan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 02/05/2024 | Kemaskini: 13/05/2024 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services