Pelajar PhD UPM Memenangi Pertandingan 3MT Asia-Pasifik 2018 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Pelajar PhD UPM memenangi Pertandingan 3MT Asia-Pasifik 2018

Pelajar PhD UPM memenangi Pertandingan 3MT Asia-Pasifik 2018

Brisbane, 29 September - Pelajar UPM PhD dari Fakulti Kejuruteraan, Yasmin Mustapha Kamil dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan 3MT Asia-Pasifik 2018. Yasmin mengalahkan 58 peserta lain dari Australia, New Zealand dan Asia.

Yasmin juga dipilih sebagai pemenang “People’s Choice Award” dalam pertandingan peringkat akhir itu. Pertandingan peringkat Asia-Pasifik itu diadakan di University of Queensland dan memperolehi geran perjalanan untuk penyelidikan bernilai AUD1000. Ini adalah tahun kedua berturut-turut bahawa seorang pelajar universiti dari Malaysia telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.

Pembentangan yang menjuarai pertandingan itu bertajuk "Detektif Denggi". Penyelia Yasmin ialah Dr. Muhammad Hafiz Abu Bakar dari Fakulti Kejuruteraan.

Pertandingan 3MT mula dilancarkan pada 2008 di University of Brisbane sebagai cara untuk pelajar membentangkan penyelidikan mereka dalam masa 3 minit hanya menggunakan 1 slaid. Cabarannya adalah menyampaikan maklumat yang rumit secara berkesan dan menarik kepada panel juri dan penonton.

Yasmin membawa pulang hadiah bernilai AUD6000 berbentuk geran perjalanan untuk penyelidikan. Acara itu bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.

 

 
Yasmin menyampaikan pembentangan 3MT bertajuk “Dengue Detective” 

 


Yasmin menerima anugerah sebagai pemenang Pertandingan 3MT Asia-Pasifik 2018

Dari kiri: Prof. Dr. Robiah, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (UPM) dan Yasmin Mustapha Kamil

 

 

 

 

Tarikh Input: 27/09/2018 | Kemaskini: 31/07/2019 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEZHAo~