Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPP) 2021 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPP) 2021

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPP) 2021


Pada Isnin, 29 Mac 2021, UPM dengan jayanya telah mengadakan sesi mengundi bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPP) 2021 diatas talian menggunakan aplikasi baharu UPM, Putra®Voting. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) di mana ini adalah kali pertama sesi mengundi bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPP) 2021 menggunakan aplikasi Mobile Putra®Voting. Setinggi penghargaan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua warga iDEC yang telah bertungkus-lumus membangunkan Putra®Voting. Pelajar hanya perlu muat turun aplikasi dan boleh mengundi dimana sahaja menggunakan telefon pintar mereka.
Pertandingan Jom Turun Mengundi 2021 juga turut diadakan bagi menghargai usaha para pelajar yang turun mengundi calon MPP Sesi 2020/2021. Hadiah yang ditawarkan adalah berbentuk Geran Aktiviti untuk kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu Fakulti dan Kolej.

• Tempat Pertama: RM5,000
• Tempat Kedua: RM3,000
• Tempat Ketiga: RM2,000

Seramai lebih 26,000 pelajar UPM layak mengundi termasuklah pelajar prasiswazah dan pascasiswazah. Keseluruhan 98 calon MPP, dimana 67 daripadanya merupakan calon fakulti dan 31 pelajar merupakan calon umum. Hanya 45 calon sahaja akan dipilih menjadi ahli MPP UPM pada kali ini. Terdapat tiga parti utama yang mendominasi setiap kali pemilihan MPP UPM iaitu parti Mahasiswa Putra (MP), Nadi Putra (NP) dan SMART UPM.
Sesi mengundi berjalan dengan lancer bermula 9 pagi sehingga 9 malam. Sesi pengiraan undid an pengumuman rasmi keputusan telah dijalankan pada 30 Mac 2021. Keputusan boleh didapati di https://www.facebook.com/jpmppupmofficial/posts/235265384633715.

 

Tarikh Input: 29/03/2021 | Kemaskini: 01/04/2021 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXETVAw~