SERDANG – Seramai hampir 1000 orang pelajar baharu siswazah telah mendaftar di Universiti Putra Malaysia bagi Semester Kedua 2017/2018. Minggu pendaftaran pelajar baharu telah berlangsung pada 29 Januari 2018 hingga 9 Februari 2018 bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang di Komplek Akademik A.
Proses pendaftaran terbahagi kepada enam langkah untuk calon antarabangsa dan 5 langkah untuk calon tempatan. Apa yang menariknya, sepanjang tempoh 2 minggu pendaftaran ini semua proses dapat diselesaikan di Kompleks Akademik A sebagai pusat operasi setempat bagi memudahkan pelajar baharu.
Walaupun semester telah bermula sejak 12 Februari 2018, calon pelajar yang telah menerima tawaran masih dibenarkan mendaftar sehingga 23 Februari 2018 bagi program secara kerja kursus dan 30 Mac 2018 bagi calon program penyelidikan.
Pengesahan VISA & Pasport (pelajar antarabangsa sahaja)
Kaunter bantuan
Pengesahan laporan pemeriksaan perubatan
Penyerahan dokumen
Pengesahan pembayaran
Kaunter pendaftaran
Kaunter kad matrik
Tarikh Input: 26/02/2018 | Kemaskini: 26/02/2018 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203