12 Julai 2022, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) berbesar hati berpeluang menyertai gotong-royong pengagihan daging ibadah korban anjuran Pusat Antarabangsa (i-PUTRA) bersama EZ Qurban Sdn Bhd bertempat di hadapan bangunan i-PUTRA.
Kira-kira sebanyak 1,200 pek bungkusan daging korban telah diedarkan kepada para pelajar dan komuniti setempat yang terlibat.
Pengarah i-PUTRA UPM, Prof. Dr. Suhaimi Ab Rahman berkata, tujuan utama program itu adalah untuk merapatkan i-PUTRA bersama pelajar antarabangsa di UPM serta berharap pelajar mendapat pengalaman bagaimana masyarakat Islam di Malaysia menjalankan ibadah qurban.
“Kami dapati pelajar antarabangsa sangat teruja dan bangga kerana mereka telah diberi peluang untuk bersama keluarga i-PUTRA untuk menjalankan aktiviti qurban dan kita mahu merapatkan jurang antara i-PUTRA UPM dengan komuniti antarabangsa,” katanya.
Atas usaha dan kerjasama semua yang hadir membantu, program tersebut berjalan lancar dan berakhir pada tengah hari. Turut hadir, Encik Nasri wakil EZ Qurban Sdn. Bhd, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail dan Pendaftar UPM, Muhazam Mansor.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 14/07/2022 | Kemaskini: 25/07/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203