SERDANG, 24 Mei 2022 – Pengiktirafan menjadi perangsang buat kejayaan akan datang. Dalam pada itu, seramai empat (4) orang warga Sekolah Pengajian Siswazah (SP) telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sempena Majlis Gemilang Putra (MGP) Universiti Putra Malaysia (UPM) 2021 yang diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Berikut adalah senarai penerima APC di SPS bagi tahun 2021:
Prof. Dr. Hjh. Firdaus binti Mukhtar
Timbalan Dekan (Pengambilan dan Perhubungan Institusi & Bantuan Kewangan)
Encik Mohamad Hafiz bin Mohamad
Penolong Pendaftar (Unit Kurikulum dan Data)
Puan Messiah binti Sadar
Pembantu Tadbir Kanan (Unit Akademik)
Encik Muhammad Atfi Bin Md Khamijah
Pembantu Tadbir Kanan (Unit Akademik)
Puan Masitah Ramlee
Pembantu Tadbir (Unit Pengambilan)
Anugerah ini diberikan kepada staf yang telah memaparkan prestasi dan mutu perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun (3) secara berterusan. Meliputi aspek perkhidmatan sokongan, pengurusan dan akademik, MGP merupakan platform tahunan yang menjadi simbol apresiasi UPM kepada warganya yang komited dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan institusi. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada kesemua wakil SPS yang berjaya mendapat APC bagi tahun ini. Semoga kejayaan mereka ini akan menjadi dorongan bagi rakan-rakan yang lain untuk terus berikan yang terbaik kepada institusi.
Tarikh Input: 24/05/2022 | Kemaskini: 08/06/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203