Bolehkah anda membentangkan tesis PhD anda dalam masa tiga minit sahaja? Pertandingan 3 Minit Tesis (3MT) 2019 Peringkat Kebangsaan telah dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. 21 universiti yang terdiri daripada 58 peserta dari pelbagai bidang telah mengambil bahagian dalam pertandingan berprestij ini pada 25 Jun, 2019.
3MT telah diasaskan oleh University of Queensland pada tahun 2008. Ia meraikan penyelidikan yang dibuat oleh pelajar pascasiswazah. Para peserta dicabar untuk menyampaikan penyelidikan mereka ecara efektif dan cuba menarik perhatian para hadirin yang bukan pakar - dalam masa tiga minit sahaja.
Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Sains dan Teknologi, Kejuruteraan dan Sains Sosial. Seramai 58 peserta daripada 21 buah universiti telah membentangkan pidato mereka. Peserta yang terlibat merupakan pelajar PhD dari universiti awam dan universiti swasta yang menjadi ahli bersekutu MDPS. Seramai 15 orang juri professional yang terdiri daripada juri akademik dan juri industri telah dilantik bagi mengadili pertandingan ini. Pemenang hadiah utama bagi pertandingan ini ditaja oleh syarikat Springer Nature.
Nurfatimah Mohd Thani, pelajar UPM PhD dari Fakulti Kejuruteraan telah membawa pulang RM1500.00 dengan pembentangannya yang bertajuk “Sweet Success with Subcritical Water” selepas diumumkan sebagai juara dan pemenang kategori Kejuruteraan.
Kedua-dua peserta lain dari UPM ialah Nurliyana Mohamad dan Goh Soon Heng dari Fakulti Sains dan Perubatan Veterinar dengan pembentangan bertajuk “Fishy Business: Understanding Vibrio Infection in Cultured Marine Fish” dan “Leptospirosis: My K9 Story”.
Dari kiri, Goh Soon Heng (peserta UPM), Datin Dr. Mardziah Hayati Abdullah (jurulatih 3MT UPM), Nurfatimah Mohd Thani (peserta UPM) dan Nurliyana Mohamad (peserta UPM)
Dari kiri Prof. Dr. Rusli Haji Abdullah (Timbalan Dekan, SGS), Datin Dr Mardziah Hayati Abdullah (pelatih 3MT UPM), Prof. Dr. Robiah Yunus (Dekan, SGS), Nurfatimah Mohd Thani (peserta UPM), Nurliyana Mohamad (Peserta UPM), Goh Soon Heng (peserta UPM), dan Mohamad Hafiz Mohamad (Penolong Pendaftar, SGS)
Tarikh Input: 11/10/2019 | Kemaskini: 16/04/2021 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203