Pertandingan 3 Minit Tesis (3MT) Peringkat Akhir UPM 2018 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Pertandingan 3 Minit Tesis (3MT) Peringkat Akhir UPM 2018

Pertandingan 3 Minit Tesis (3MT) Peringkat Akhir UPM 2018

Auditorium Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, UPM telah menjadi tempat untuk diadakan pertandingan 3 Minit Tesis (3MT) peringkat akhir UPM 2018. Acara yang dianjurkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah UPM itu melibatkan 12 peserta dari pelbagai fakulti dan institut. Ahli-ahli panel juri bagi pertandingan ialah Datin Dr. Mardziah Hayati Abdullah, Dr. Azlan Shah Hussain, Dr. Christoph Baumann, dan Mr. Ally Iskandar Mohd Mardzi dan diketuai oleh Emeritus Prof.Dato’ Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman.

3 tetamu kehormat telah dijemput untuk meraikan acara itu iaitu YBhg. Prof Dr. Robiah Yunus, dekan Sekolah Pengajian Siswazah, YBhg. Prof. Dr. Nor Aini Ab. Shukor, timbalan dekan (Tesis, Sokongan Pembelajaran dan Penerbitan) dan YBhg. Prof. Madya. Dr. Nor Azowa Ibrahim, timbalan dekan (Akademik).

Samaila Musa Chiroma, pemenang pertandingan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan mendapat wang tunai bernilai RM1000 untuk pembentangan beliau bertajuk “Centella asiatica: A Potential Remedy for Alzheimer’s Disease at your Backyard”. Naib juara, Clement Wong Kiing Fook dari Fakulti Pertanian memenangi wang tunai bernilai RM800 untuk pembentangan beliau bertajuk “The Tug-of- War between Microbes” dan Yasmin Mustapha Kamil dari Fakulti Kejuruteraan mendapat tempat ketiga dan memenangi wang tunai bernilai RM600 untuk pembentangan beliau yang bertajuk “Fly and Help Keep Mother Earth Safe!”. Walaupun tidak mendapat 3 tempat utama, Mohd Hanafee Zin dari Institut Perhutanan Tropika Dan Produk Hutan memenangi anugerah pilihan orang ramai untuk tajuk pembentangan beliau bertajuk “Development of Automated Fabrication Process of Hybrid Biocomposites for Aerospace Application”.

Peserta yang tidak mendapat 3 tempat utama menerima hadiah saguhati berbentuk wang tunai bernilai RM100 setiap seorang. Acara itu bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada waktu tengah hari.

Video ulangan pembentangan 3 Minit Tesis (3MT) boleh didapati di pautan di bawah.
https://www.facebook.com/sgsupm/videos/1655791907865760/

  All participants, Judges and Guests of Honour.

Tarikh Input: 03/04/2018 | Kemaskini: 06/06/2018 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEUCAo~