9 April 2025, SERDANG – Idea yang tidak dikongsi adalah umpama suara yang tiada berbunyi. Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dengan kerjasama semua fakulti/sekolah/institut di Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan pertandingan 3 Minutes Thesis (3MT).
Hebahan bagi pendaftaran wakil setiap fakulti/sekolah/institut telah dikeluarkan pada awal bulan Februari bagi memberi ruang dan peluang pihak PTJ dalam mendapatkan pelajar Doktor Falsafah yang aktif dan berpotensi sebagai wakil mereka. Tempoh pertandingan di peringkat fakulti/Institut/sekolah adalah pada 21 Februari sehingga 21 Mac 2025. Sambutan yang menggalakkan pada tahun ini dapat dilihat melalui jumlah penyertaan dengan seramai 38 orang dari 13 PTJ. Peringkat saringan Universiti dan pusingan akhir telah diadakan pada 9 April 2024 secara bersemuka di Auditorium Fakulti Pengajian Pendidikan.


Seramai tiga (3) orang panel juri bagi saringan peringkat universiti dan empat (4) orang juri bagi peringkat akhir telah dilantik bagi program tersebut.
Peringkat Saringan:
1. Prof. Dr. Sharmili Vidyadaran (Ketua Juri)
2. Prof. Gs. Dr. Shaiful Jahari Hashim
Prof. Dr. Normaz Wana Ismail
Peringkat akhir:
1. Prof. Madya Dr. Moniza Waheed (Ketua Juri)
2. Prof. Ts. Dr. Hidayah Ariffin
3. Prof. Madya Dr. Radhiah Shukri
4. Dr. Mohanaapriya Sina Raja (Juri Jemputan)

Seramai 12 orang peserta telah berjaya mara ke pusingan akhir dan berikut adalah senarai empat (4) orang pemenang Pertandingan Pertandingan 3 Minutes Thesis (3MT) UPM 2025:
Juara:
Rishabapriya Rajasegar (Fakulti Sains)
Tempat kedua:
Lim Cheng Wei(Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan)
Tempat Ketiga:
Azrul Afiq Azmi Murad (Fakulti Sains)
People's Choice Award:
Megat Hamzah Megat Mazhar Khair (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang serta kesemua peserta yang telah berjaya mewakili PTJ masing-masing dengan idea penyelididkan mereka. Terima kasih juga kepada kesemua pegawai bertanggungjawab dan pengurusan PTJ yang telah membantu sepanjang pelaksanaan program 3MT pada tahun ini.
Tarikh Input: 14/04/2025 | Kemaskini: 17/04/2025 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services