Pada 11 April 2017, Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM telah menjadi tempat untuk pusingan akhir pertandingan 3MT itu. Acara yang dianjurkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah UPM, melibatkan 12 peserta. Panel hakim bagi pertandingan ini terdiri daripada Dr. Abhimanyu Veerakumarasivam (Pensyarah Kanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Prof. Dr. Kamariah Abu Bakar (Profesor, Fakulti Pengajian Pendidikan), Encik Ahmad Fedtri Yahya (Penerbit Kanan / Presenter, TV3), Encik Gregory L. Foster (Pengarah Urusan, Fibaloy International Sdn. Bhd.) dan Dr. Azlan Shah Hussain (Penyelidik Kanan, Petronas) .
Tetamu kehormat adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang turut merasmikan majlis tersebut. Pertandingan itu turut dihadiri oleh Dekan-dekan Fakulti dan Pengarah-pengarah Institut.
Pemenang tempat pertama adalah Keeren S. Rajoo dari Fakulti Sains dan beliau menerima RM1000.00. Jeyanthi Suppiah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan memenangi tempat kedua dan menerima RM800.00 manakala Foo Chuan Yi dari Fakulti Sains memenangi tempat ketiga dan menerima RM600.00.
Peserta-peserta yang lain menerima hadiah sagu hati RM100 setiap seorang. Acara bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.
Peserta-peserta dan Juri-juri
Juri-juri Pertandingan Akhir 3 Minute Thesis UPM 2017
Pemenang tempat pertama, Keeren S. Rajoo dari Fakulti Sains
Pemenang tempat kedua, Jeyanthi Suppiah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Pemenang tempat ketiga, Foo Chuan Yi dari Fakulti Sains
Ucapan dari YBhg. Prof. Dr. Robiah Yunus, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah, UPM
Ucapan dari YBhg. Prof. Dr. Iqbal M Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Tarikh Input: 18/04/2017 | Kemaskini: 26/05/2017 | haslinda_s
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203