21 Jun 2024, Jumaat - Sekolah Pengajian Siswazah melalui Program Sokongan Pembelajaran Putra Sarjana telah mengadakan seminar bertajuk "Stop Procrastinating Your Thesis Writing" yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Radhiah Shukri secara bersemuka di Bilik Putra Sarjana, Sekolah Pengajian Siswazah. Seminar berdurasi dua jam itu merupakan sebahagian daripada siri seminar Putra Sarjana yang menyediakan pelbagai informasi, tips dan skil khusus bagi pelajar pascasiswazah. Respon yang positif daripada para pelajar dan peserta dari luar dan dalam negara menunjukkan topik yang diberikan sangat bersesuaian dengan keperluan mereka.
Objektif utama seminar ini dijalankan adalah untuk menggariskan kriteria asas bagi kajian yang akan dijalankan. Kepentingan "soft skill" adalah antara salah satu kriteria yang ditekankan oleh Prof. Madya Dr. Radhiah Shukri melalui penyampaiannya. Penceramah jemputan tersebut juga berkongsi pengalaman perjalanan dan cabaran yang ditempuhinya dan bagimana dia menghadapi serta menyelesaikan suatu masalah dalam melengkapkan kajiannya.
Prof. Madya Dr. Radhiah Shukri telah berkongsi ilmunya melalui slaid pembentangan yang ringkas dan minimalis namun tetap dapat menangkap minat dan perhatian daripada seluruh peserta yang hadir. Sesi soal jawab diadakan selepas sesi pembentangan memberi peluang kepada pelajar untuk merungkai persoalan yang dihadapinya. Seminar bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari. Walaupun sesi telah tamat, pelajar masih diberi peluang untuk bertemu dan bersemuka dengan penceramah jika masih terdapat kekeliruan atau persoalan untuk diajukan secara bersemuka.


Tarikh Input: 21/06/2024 | Kemaskini: 04/07/2024 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services