11 November 2022 – Setelah dua (2) tahun, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menganjurkan Seminar Stress Management oleh Prof. Dr. Hjh. Firdaus Mukhtar secara bersemuka bertempat di Auditorium Raden Umar, Fakulti Kejuruteraan. Seminar yang dijalankan selama dua (2) jam itu adalah sebahagian daripada siri Seminar Putra Sarjana SPS yang mengetengahkan pelbagai maklumat, tips serta kemahiran kepada pelajar pascasiswazah UPM. Sambutan pelajar yang memberangsangkan dan penyertaan dari pelajar Universiti luar telah mencerminkan kepentingan topik pengurusan stress tersebut.
Pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz, soal jawab dan latihan fizikal, telah dijalankan untuk memastikan sesi tersebut kekal interaktif dan bertenaga. Panel penceramah yang berpengalaman dalam bidang kesihatan mental telah meningkatkan lagi minat peserta untuk menimba pengetahuan melalui pengalaman beliau.
Sesi tersebut telah berakhir pada jam 5.30 petang dengan sesi bergambar panel penceramah bersama peserta yang hadir bersama.
Tarikh Input: 17/11/2022 | Kemaskini: 30/11/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203