
Serdang, 9 Disember 2025 — Sambutan Bulan Digital UPM 2025 merupakan inisiatif strategik Universiti Putra Malaysia yang dijalankan selaras dengan agenda transformasi digital institusi pengajian tinggi di Malaysia. Dalam era ledakan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI), UPM mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan warga kampus tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital, berpandukan Kerangka Transformasi Digital UPM, Anjakan Strategi Digital First, serta garis panduan TRUE NORTH UPM.
Sebagai salah satu acara utama, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) menganjurkan pertandingan inovasi bertajuk “Digital Culture Competition: Ledakan Kreativiti Tanpa Kod – Cipta Solusi Automasi Kerja Dengan Google Workspace”. Pertandingan ini bertujuan mencungkil kreativiti warga UPM dalam menghasilkan solusi budaya kerja yang inovatif tanpa memerlukan kemahiran pengekodan, sambil mengintegrasikan sistem dengan Google Workspace for Education Plus (GWS) melalui pendekatan “Digital First, Innovation Always”, yang menekankan pendigitalan sebagai teras utama semua operasi universiti.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Peringkat Akhir di iDEC Alpha, Putra Infoport, UPM |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Innotech SGS Johan Pertandingan Inovasi “Digital Culture Competition: Ledakan Kreativiti Tanpa Kod
|
|
Innotech SGS menghantar penyertaan mereka dan berjaya menembusi peringkat akhir pada 3 Disember 2025 di iDEC Alpha, Putra Infoport, UPM. Pada hari penutup Sambutan Bulan Digital 2025, SGS sekali lagi dijemput membentangkan sistem yang dibangunkan di hadapan panel penilai dan hadirin di Dewan Besar UPM. Hasilnya, SGS dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan tersebut.
Sistem MySPS Smart Office merupakan kesinambungan daripada sistem utama MySPS yang digunakan oleh warga SPS. Sistem ini dibangunkan menggunakan platform Google Workspace, walaupun sistem utama sebelum ini menggunakan pengekodan JSP sepenuhnya. Pemilihan Google Workspace membolehkan pembangunan modul tidak kritikal dengan kos rendah, penyelenggaraan minimum, integrasi automatik, serta sokongan keselamatan dan skalabiliti tahap enterprise. Platform ini juga memudahkan staf yang tidak mempunyai pengalaman pengaturcaraan untuk menyelenggara sistem dengan lebih efisien, menjadikannya solusi inovatif yang praktikal dan mesra pengguna.
Kejayaan SGS melalui MySPS Smart Office menegaskan komitmen UPM dalam memperkukuh transformasi digital, menggalakkan inovasi tanpa kod, dan memacu pendigitalan sebagai nadi utama operasi universiti di era teknologi canggih.
Tarikh Input: 09/12/2025 | Kemaskini: 27/02/2026 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services