Sambutan Raya Sekolah Pengajian Siswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Sambutan Raya Sekolah Pengajian Siswazah

Sambutan Raya Sekolah Pengajian Siswazah

23 April 2024, Selasa - Sambutan Hari Raya di Universiti Putra Malaysia telah diadakan secara serentak di setiap PTJ. Persediaan bagi sambutan ini telah dimulakan di Sekolah Pengajian Siswazah bermula Isnin 22 April 2024. SPS. Hiasan deko yang berkonsepkan tradisional menggunakan barang hiasan seperti batik, magkuk tingkat, radio lama mewujudkan suasana hari raya seperti di kampung halaman. Kesemua staf hadir berbaju kurung dan berbaju melayu lengkap serta bersampin mewujudkan suasana seperti di hari raya pertama.

Majlis bermula sekitar 11 pagi dengan ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis diikuti dengan bacaan doa bagi memberkati lagi perjalanan majlis pada hari itu. Menu hari raya yang dihidangkan termasuk lemang, rendang, soto, kuih raya, pulut durian, nasi beriani, cendol dan banyak lagi.

Disamping itu, terdapat juga sudut bergambar yang dicetak terus yang disediakan kepada tetamu secara percuma. Sudut permainan ringkas bersebelahannya menyediakan hadiah bagi yang dapat menyelesaikan permainanan yang disediakan. Kemeriahan sambutan hari raya ini ditambah lagi dengan sudut bergambar SPS yang
telah dihias oleh staf deko SPS untuk para tetamu yang hadir bergambar sepuasnya.

Sambutan ini dilihat merupakan salah satu usaha Universiti dalam mengeratkan silaturahim di kalangan staf daripada semua PTJ, dari semasa ke semasa. Sambutan ini telah berlangsung sehingga 3 petang dengan jangkaan 300 tetamu yang hadir.

Tarikh Input: 24/04/2024 | Kemaskini: 30/04/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFVOA7~