"Sehari Bersama Kanak-kanak Rohingya" adalah satu program kerjasama yang melibatkan pelbagai pihak: Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia, fakulti perhutanan, Forum Pemimpin Muda Asean (AYLF) dan Badan Kebajikan Islam Telekom (BAKIT). Program ini diadakan di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC), Puchong pada 16 September 2017.
Terdapat dua objektif utama program ini iaitu : untuk menawarkan sokongan semangat untuk Rohingya dan juga bertindak sebagai pemangkin ke arah usaha yang lebih sistematik berkenaan dengan kebajikan pelarian Rohingya.
Umumnya, acara itu disertai oleh 35 pelajar pascasiswazah yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM (UPMISA) dan Kumpulan Sokongan Peer (PSG). Turut hadir bersama ialah seramai 42 orang Kanak-kanak Rohingya, berumur diantara 7-16 tahun, dan juga 2 orang guru pengiring. Kebanyakan mereka adalah dari kawasan sekitar Lembah Klang.
YBhg. Prof. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah merasmikan acara tersebut. Turut hadir juga adalah YBrs. Tuan Muhammad Fikri Ahmad, Naib Presiden AYLF.
Acara berakhir jam 5.00 petang, iaitu selepas melaksanakan Majlis Penanaman Tiga. Justeru itu sebanyak 200 Anak Benih Gaharu telah ditanam.
Tarikh Input: 12/10/2017 | Kemaskini: 12/10/2017 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203