Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan seminar Computer Security secara maya dengan jayanya pada Selasa, 28 Julai 2020 yang lalu melalui aplikasi Cisco Webex.
Kerosakan perkakasan dan perisian yang digunakan oleh pelajar bagi membuat kajian boleh menyebabkan data-data penting hasil kajian mereka hilang. Melalui seminar ini pelajar telah diberi pendedahan berkenaan cara backup data yang berkesan dan bagaimana melindungi perkakasan dan perisian mereka daripada kerosakan.
Prof. Madya Dr. Mohd Taufik Abdullah daripada Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia telah dijemput sebagai penceramah dan seramai lebih daripada 300 pelajar pascasiswazah telah hadir ke seminar bagi tempoh satu (1) jam tersebut. Sesi soal dan jawab diadakan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk bertanya soalan yang berkaitan untuk memahami lebih lanjut mengenai topik tersebut.
Seminar ini bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi.
Tarikh Input: 26/08/2020 | Kemaskini: 26/08/2020 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203