Seminar Driving Innovation And Communication Strategy In Vuca Era | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Seminar Driving Innovation and Communication Strategy in Vuca Era

Seminar Driving Innovation and Communication Strategy in Vuca Era

31 Januari 2023, Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dengan kerjasama dua (2) persatuan pelajar iaitu Postgraduate Association (PGA) Persatuan dan Persatuan Anak Indonesia, serta Universitas Indonesia telah menganjurkan seminar Driving Innovation and Communication Strategy in VUCA Era. Ia merupakan sebahagian daripada siri seminar Putra Sarjana yang bertindak sebagai program sokongan pembelajaran pelajar melalui penyaluran maklumat asas pengajian pascasiswazah. Seminar pada kali ini telah berfokus kepada pelajar berasal dari negara Indonesia, secara khususnya.

Speaker jemputan yang terdiri daripada Jeneral Polis Indonesia, Pensyarah Kanan Universitas Indonesia, Wakil NGO Indonesia, Wakil Usahawan Indonesia dan Pensyarah UPM telah membincangkan cabaran yang telah dihadapi oleh pelbagai sektor ekonomi di Indonesia berikutan dengan penularan wabak Covid-19. Secar tidak langsung, landskap sosio-ekonomi semasa Indonesia telah dibincangkan bersama para pelajar bagi mendapatkan pandangan mereka secara kolektif.

Sesi yang bersifat dua (2) hala ini telah berjalan selama dua (2) jam dengan sesi perkongsian , diikuti dengan sesi Q&A dan sesi fotografi, sekitar jam 12.30 tengahari.

Tarikh Input: 26/01/2023 | Kemaskini: 06/03/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEYUAH~