Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Sekolah Pengajian Siswazahnya (SGS) telah mengadakan seminar bertajuk "Seminar Keselamatan Makanan" pada 13 Julai 2017 bertempat di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM.
Seminar ini membincangkan isu berkaitan keselamatan makanan. Sekurang-kurangnya seramai 30 orang peserta termasuk pensyarah dan pelajar pascasiswazah menyertai seminar ini.
Seminar ini berjaya menarik perhatian dan minat para penonton kerana banyak soalan telah diajukan oleh para peserta semasa sesi Q & A. Oleh itu, ini terbukti bahawa seminar ini dapat meningkatkan pengetahuan penonton tentang isu-isu berkaitan keselamatan makanan.
Penceramah seminar ini ialah Samuel Santiago, Pengurus Produk Makanan dan Minuman Global dari Merck, Jerman.
Tarikh Input: 12/10/2017 | Kemaskini: 13/10/2017 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203