Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkankan seminar Literature Review Writing secara maya dengan jayanya pada Jumaat, 17 Julai 2020 yang lalu melalui aplikasi Cisco Webex.
Tinjauan literatur boleh dikatakan bahagian terpenting dalam tesis pelajar. Seminar ini menggambarkan kepentingannya melalui pecahan unsur yang terdapat dalam tinjauan literatur yang berkesan dan kaitan dengan bahagian lain dalam tesis seperti perbincangan dan variasi kecil dari bentuknya dalam kajian ilmiah dan kajian sosial.
Prof. Dr. Muhammad Shahrim Abdul Karim daripada Jabatan Servis Makanan dan Pengurusan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia telah dijemput sebagai penceramah dan melibatkan lebih daripada 200 pelajar pascasiswazah telah hadir ke seminar bagi tempoh dua (2) jam tersebut. Di akhir seminar, sesi soal dan jawab diadakan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembentangan berkaitan yang telah disampaikan oleh penceramah.
Seminar ini bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari.
Tarikh Input: 26/08/2020 | Kemaskini: 26/08/2020 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203