Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Sekolah Pengajian Siswazahnya (SGS) telah mengadakan seminar berjudul "Menghindari Plagiarisme" pada 12 Julai 2017 di Dewan Kuliah Teknologi Makanan 1 (DKTM 1), Fakulti Sains Makanan dan Teknologi (DKTM 1) , UPM.
Plagiarisme boleh disifatkan sebagai penyelewengan akademik kerana menciplak idea orang lain dan kesilapan ini merupakan kesalahan berat dan serius dalam bidang akademik.
Dalam seminar ini, para peserta belajar bagaimana untuk mengelakkan plagiarisme yang tidak disengajakan dengan memetik dan merujuk secara tepat, serta merumuskan dan meringkaskan petikan yang disebut.
Penceramah seminar tersebut ialah Prof. Dr. Hasanah Mohd Ghazali. Penyertaannya adalah percuma untuk ahli akademik dan pelajar UPM.
Tarikh Input: 12/10/2017 | Kemaskini: 13/10/2017 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203