Seminar Organizing Your Writing | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Seminar Organizing Your Writing

Seminar Organizing Your Writing

Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan seminar Organising Your Writing secara maya dengan jayanya pada Selasa, 13 Oktober 2020 yang lalu menggunakan aplikasi Zoom.

Komponen penulisan siri ini menerangkan aspek penulisan yang diperlukan untuk menghasilkan teks akademik yang baik tetapi sukar difahami atau dikuasai oleh pelajar. Dalam seminar ini, pelajar telah mempelajari bagaimana untuk mengembangkan perenggan, membina pernyataan tesis, dan membuat ayat dan perenggan mereka lebih tersusun.

Prof. Ir. Dr. Chin Nyuk Ling daripada Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia telah dijemput sebagai penceramah dan seramai 300 pelajar pascasiswazah telah hadir ke seminar yang bagi tempoh dua (2) jam tersebut. Sesi soal dan jawab diadakan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk bertanya soalan yang berkaitan kepada penceramah untuk memahami lebih lanjut mengenai topik tersebut.

Seminar ini bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari.

Tarikh Input: 28/10/2020 | Kemaskini: 28/10/2020 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXDdNAY~