16 Mac 2023, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menganjurkan Seminar ‘How to Be A Successful Researcher’ yang telah disampaikan sendiri oleh Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Seminar yang bertempat di Dewan Taklimat, Bangunan Canselori UPM tersebut telah berlangsung selama 2 jam, diselangi dengan sesi soal jawab pelajar.
Objektif utama seminar ini adalah untuk menggariskan kriteria seorang penyelidik berjaya agar pelajar pascasiswazah yang masih didalam proses menyiapkan penyelidikan mereka dapat memahami aspek penting tersebut. Kemahiran insaniah yang berstruktur dalam pengendalian penyelidikan telah turut ditekankan sepanjang penyampaian Prof.Dr. Ismi tersebut. Penceramah jemputan telah turut berkongsi pengalaman beliau dalam proses mendapatkan kelulusan institusi terlibat dan cabaran yang dihadapi dalam menjayakan sesebuah penyelidikan.
Kira-kira 50 orang pelajar pascasiswazah telah menyertai seminar tersebut, yang telah dijalankan secara percuma. Sesi soal jawab telah dijalankan pada akhir sesi untuk memberikan pelajar peluang bertanyakan soalan/ cadangan kepada penceramah untuk memahami topik tersebut secara lebih lanjut. Seminar ini telah diadakan dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang.
Tarikh Input: 16/03/2023 | Kemaskini: 28/04/2023 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203