13 Januari 2025, Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) melalui siri seminar Putra Sarjana telah berjaya menganjurkan seminar bertajuk Conquering Thesis and Viva Voce. Seminar ini yang ditawarkan secara percuma kepada pelajar siswazah UPM dari semasa ke semasa memberi tumpuan kepada teknik penulisan, proses akademik siswazah, pembangunan nilai peribadi, dan komunikasi berkesan.

Seminar ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Timbalan Dekan (Akademik, Kurikulum & Data), Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia. Dalam sesi perkongsiannya, Prof. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain menekankan teknik-teknik yang berkesan dalam membuat persediaan dan menghadapi sesi viva voce, yang sering dianggap sebagai antara fasa paling mencabar dalam pengajian siswazah. Beliau berjaya menjelaskan dengan jelas tentang proses tersebut bagi membantu pelajar menghadapinya dengan lebih yakin. Seminar ini juga bertujuan untuk melengkapkan pelajar siswazah dengan pengetahuan penting, strategi yang berkesan, dan tip praktikal dalam menulis tesis serta membuat persediaan menghadapi viva voce, bagi meningkatkan prestasi akademik, membina keyakinan diri, dan memastikan pelajar menamatkan pengajian tepat pada masanya.
Seminar ini telah diadakan secara fizikal di Bilik Putra Sarjana, Sekolah Pengajian Siswazah, UPM dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. Sesi perkongsian selama dua jam ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi fotografi bersama para peserta.
Tarikh Input: 13/01/2025 | Kemaskini: 16/04/2025 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services