Seminar Putra Sarjana : Effective Strategies For Oral Presentations | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Seminar Putra Sarjana : Effective Strategies for Oral Presentations

Seminar Putra Sarjana : Effective Strategies for Oral Presentations

24 Jun 2025 –  Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan satu lagi sesi bermanfaat di bawah Siri Seminar Putra Sarjana pada 24 Jun 2025. Seminar bertajuk "Effective Strategies for Oral Presentations" ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Rashid bin Mohamed Sharif dari Fakulti Kejuruteraan, UPM dan berlangsung di Bilik Putra Sarjana, UPM.

Seminar ini bertujuan untuk memperkasakan pelajar pascasiswazah dengan kemahiran praktikal dalam mempersembahkan hasil penyelidikan atau maklumat secara berkesan, terutamanya dalam konteks akademik dan profesional. Sepanjang sesi, Prof. Dr. Abdul Rashid telah berkongsi pelbagai teknik dan pendekatan penting seperti struktur pembentangan yang berkesan, reka bentuk slaid yang menarik, penggunaan suara yang jelas dan meyakinkan, cara berinteraksi dengan audiens serta teknik menjawab soalan dengan yakin.

  

Sesi soal jawab yang diadakan membuktikan bahawa seminar ini berlangsung secara interaktif dan menarik, dengan penglibatan aktif daripada para peserta yang ingin mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Malah, selepas sesi utama berakhir, beberapa peserta turut mengambil peluang untuk mengadakan perbincangan secara peribadi (one-to-one) bersama penceramah bagi mendapatkan panduan khusus berkaitan cabaran yang mereka hadapi dalam pembentangan.

Seminar ini berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari dengan sesi bergambar kenangan. Sekolah Pengajian Siswazah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Dr. Abdul Rashid atas perkongsian ilmu yang sangat bermakna, serta kepada semua peserta yang menjayakan seminar ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam seminar Putra Sarjana yang akan datang!

 

Tarikh Input: 24/06/2025 | Kemaskini: 24/06/2025 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
S, (01:10:42am-01:15:42am, 12 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]