Seminar Putra Sarjana : Improvising Negotiation Skills | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Seminar Putra Sarjana : Improvising Negotiation Skills

Seminar Putra Sarjana : Improvising Negotiation Skills

20 Ogos 2024, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah melalui Program Sokongan Pembelajaran Putra Sarjana telah mengadakan seminar bertajuk "Improvising Negotiation Skills" yang disampaikan oleh Professor Madya Dr. Nor Azura Adharuddin secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Seminar berdurasi dua jam itu merupakan sebahagian daripada siri seminar Putra Sarjana yang menyediakan pelbagai informasi, tips dan skil khusus bagi pelajar pascasiswazah. Respon yang positif daripada para pelajar dan peserta dari luar dan dalam negara menunjukkan topik yang diberikan sangat bersesuaian dengan keperluan mereka.

Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan keupayaan peserta berfikir secara spontan, menyesuaikan diri dengan situasi yang berubah, dan bertindak balas secara kreatif terhadap cabaran dalam situasi rundingan. Seminar ini juga membantu peserta membangunkan dan memperhalusi kemahiran rundingan mereka dengan mempelajari dan mengamalkan teknik improvisasi yang meningkatkan fleksibiliti, kreativiti, dan komunikasi yang berkesan. Peserta akan memperoleh kemahiran praktikal untuk berfikir secara spontan dan berunding dengan lebih berkesan dalam situasi yang dinamik serta akan meninggalkan seminar dengan teknik praktikal yang boleh mereka gunakan segera dalam rundingan untuk menjadi lebih adaptif, kreatif, dan berkesan.

Professor Madya Dr. Nor Azura Adharuddin telah berkongsi ilmunya melalui slaid pembentangan yang ringkas dan minimalis namun tetap dapat menangkap minat dan perhatian daripada seluruh peserta yang hadir. Sesi soal jawab diadakan selepas sesi pembentangan memberi peluang kepada pelajar untuk merungkai persoalan yang dihadapinya. Seminar bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari.

 

  

  

Tarikh Input: 20/08/2024 | Kemaskini: 26/08/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (09:05:03am-09:10:03am, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]