Seminar Putra Sarjana: Pengurusan Stress Oleh Prof. Dr. Hjh Firdaus | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Seminar Putra Sarjana: Pengurusan Stress oleh Prof. Dr. Hjh Firdaus

Seminar Putra Sarjana: Pengurusan Stress oleh Prof. Dr. Hjh Firdaus

3 November 2023, SERDANG –Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) melalui program Sokongan Pembelajaran Putra Sarjana telah menganjurkan Seminar Stress Management oleh Prof. Dr. Hjh. Firdaus Mukhtar secara bersemuka bertempat di Bilik Putra Sarjana, SPS. Seminar yang dijalankan selama dua (2) jam itu adalah sebahagian daripada siri Seminar Putra Sarjana SPS yang mengetengahkan pelbagai maklumat, tips serta kemahiran kepada pelajar pascasiswazah UPM. Sambutan pelajar yang memberangsangkan dan penyertaan dari pelajar Universiti luar telah mencerminkan kepentingan topik pengurusan stress tersebut.

Pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz, soal jawab dan latihan fizikal, telah dijalankan untuk memastikan sesi tersebut kekal interaktif dan bertenaga. Panel penceramah yang berpengalaman dalam bidang kesihatan mental telah meningkatkan lagi minat peserta untuk menimba pengetahuan melalui pengalaman beliau. Beliau juga seringkali dijemput sebagai pakar bidang ke pelbagai symposium, bengkel dan seminar anatarbangsa untuk berkongsi kepakaran beliau.

Sesi tersebut telah berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan penyampaian hadiah bagi pemenang kuiz dan sesi bergambar panel penceramah jemputan.

  

Tarikh Input: 14/11/2023 | Kemaskini: 08/01/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDRAO~