
9 Julai 2024, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah melalui Program Sokongan Pembelajaran Putra Sarjana telah mengadakan seminar bertajuk "Securing Grants Through an Effective Proposal" yang disampaikan oleh Professor Dr. Rusmawati Said secara bersemuka di Bilik Putra Sarjana, Sekolah Pengajian Siswazah. Seminar berdurasi dua jam itu merupakan sebahagian daripada siri seminar Putra Sarjana yang menyediakan pelbagai informasi, tips dan skil khusus bagi pelajar pascasiswazah. Respon yang positif daripada para pelajar dan peserta dari luar dan dalam negara menunjukkan topik yang diberikan sangat bersesuaian dengan keperluan mereka.
Objektif utama seminar ini dijalankan adalah untuk menggariskan kriteria asas menghasilkan proposal yang berkesan untuk mendapatkan geran yang ditawarkan. Kepentingan "soft skill" adalah antara salah satu kriteria yang ditekankan oleh Professor Dr. Rusmawati Said melalui penyampaiannya. Penceramah jemputan tersebut juga berkongsi pengalaman perjalanan dan cabaran yang ditempuhinya dan bagimana dia menghadapi serta menyelesaikan suatu masalah dalam melengkapkan kajiannya.
Professor Dr. Rusmawati Said telah berkongsi ilmunya melalui slaid pembentangan yang ringkas dan minimalis namun tetap dapat menangkap minat dan perhatian daripada seluruh peserta yang hadir. Sesi soal jawab diadakan selepas sesi pembentangan memberi peluang kepada pelajar untuk merungkai persoalan yang dihadapinya. Seminar bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari. Walaupun sesi telah tamat, pelajar masih diberi peluang untuk bertemu dan bersemuka dengan penceramah jika masih terdapat kekeliruan atau persoalan untuk diajukan secara bersemuka.

Tarikh Input: 09/07/2024 | Kemaskini: 09/07/2024 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services