Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan seminar The Thesis and The Viva secara maya dengan jayanya pada Jumaat, 7 Ogos 2020 yang lalu melalui aplikasi Cisco Webex.
Ramai pelajar tidak tahu apakah kriteria pemarkahan yang diambil kira oleh pemeriksa ketika mengemukakan tesis dan menjalani peperiksaan akhir (viva). Melalui seminar ini, pelajar dapat mengetahui apa yang diharapkan oleh pemeriksa daripada tesis dan viva pelajar, dan seterusnya akan menambahkan keyakinan mereka untuk bersemuka dengan jawatankuasa pemeriksa.
Prof. Madya Dr. Christopher Teh Boon Sung daripada Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia telah dijemput sebagai penceramah dan seramai lebih daripada 300 pelajar pascasiswazah telah hadir ke seminar bagi tempoh 90 minit tersebut. Sesi soal dan jawab diadakan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk bertanya soalan yang berkaitan untuk memahami lebih lanjut mengenai topik tersebut.
Seminar ini bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari.
Tarikh Input: 26/08/2020 | Kemaskini: 21/10/2020 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203