SPS Memeriahkan Lagi Sambutan Mega Raya UPM | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » SPS Memeriahkan Lagi Sambutan Mega Raya UPM

SPS Memeriahkan Lagi Sambutan Mega Raya UPM

10 Mei 2023, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah mengambil bahagian dalam sambutan raya peringkat Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diadakan secara besar-besaran. Program yang dijalankan disekitar kampus UPM telah melihatkan penglibatan semua pusat tanggungjawab (PTJ) UPM yang diagihkan mengikut kluster berdasarkan lokasi serta fasiliti berpusat. SPS merupakan salah satu anggota Kluster G, yang terdiri daripada 18 PTJ lain, ditempatkan di Dewan Bankuet UPM. Hampir 700 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar dan staf telah hadir ke sesi tersebut.  

Menjadi AJK Pertandingan bagi Kluster G, SPS telah menguruskan pertandingan karaoke, booth tercantik dan pakaian terbaik (lelaki dan perempuan) sepanjang sambutan tersebut. Dekorasi stesen PTJ masing-masing yang bertemakan raya, telah menambah keseronokan beraya bersama rakan-rakan setugas. SPS juga tidak ketinggalan dalam menyediakan juadah raya yang enak seperti laksa Johor dan murtabak ayam bagi pengunjung gerainya. Daripada tiga (3) pertandingan yang diadakan, wakil SPS, En.Muhammad Irfan, telah berjaya menjuarai pertandingan karaoke dengan lagunya bertajuk ‘Khalifah’.

YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman, Naib Canselor UPM, diiringi oleh Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, TNC (AKademik dan Antarabangsa) telah turut hadir ke sambutan tersebut sekitar jam 11 pagi. Ini menjadi salah satu usaha Universiti dalam mengeratkan silaturahim di kalangan tenaga penggerak institusi, dari semasa ke semasa. Sambutan yang melibatkan sebayak 13 kluster ini telah berlangsung dari jam 8 pagi sehingga 5 petang.

 

Tarikh Input: 22/05/2023 | Kemaskini: 07/06/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDQAV~