SPS Memperkukuh Fahaman Perancangan Strategik Bersama | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » SPS Memperkukuh Fahaman Perancangan Strategik Bersama

SPS Memperkukuh Fahaman Perancangan Strategik Bersama

10 Disember 2023, PAHANG – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UPM telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan sps 2024-2026 pada 8-10 Disember 2023, bertempat di Cheringin Hills, Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang. Bengkel selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh kesemua staf SPS, dalam usaha memperkukuh penglibatan bersama dalam pengurusan PTJ pada masa akan datang.

      

Objektif utama bengkel tersebut adalah untuk merangka bersama satu pelan strategik yang utuh dalam menambahbaik proses/struktur perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelajar pascasiswazah di UPM. Ini meliputi kesemua prosedur bermula proses pengambilan menggunakan sistem PutraEnroll sehinggalah pelajar bergraduat dalam majlis konvokesyen Universiti menggunakan sistem e-SMP UPM. Persediaan bagi bengkel tersebut telah dibuat seawal 2 bulan sebelum, oleh semua ketua dan staf mengikut Unit masing-masing, dengan nasihat daripada Timbalan Dekan portfolio berkenaan.

Bengkel tersebut telah dilengkapi dengan aktiviti team building dalam bentuk pengisian riadah, sesi bersama kaunselor dan majlis apresiasi EKSA pada hari pertama. Hari kedua dan ketiga telah difokuskan sepenuhnya kepada pembentangan rancangan pelan strategik oleh setiap unit dan sesi penambahbaikan cadangan yang dibentangkan. Maklum balas yang diberikan telah diambil kira dalam merangka semula pelan pelaksanaan unit-unit berkaitan bagi tempoh 2024-2026. Hasil dapatan bengkel tersebut telah dikumpul dan dikemaskini semula oleh Urusetia bengkel tersebut. Ia telah diselaraskan mengikut visi dan misi UPM sepertimana yang telah dihasratkan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM.

Tarikh Input: 13/12/2023 | Kemaskini: 08/01/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDRAZ~