SPS Menerima Kunjungan Dari Pihak Kerjasama Yang Berpotensi | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » SPS Menerima Kunjungan Dari Pihak Kerjasama Yang Berpotensi

SPS Menerima Kunjungan Dari Pihak Kerjasama Yang Berpotensi

6 Disember 2023, SERDANG - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UPM telah menerima tetamu terkemuka dari universiti-universiti di United Kingdom, Australia, dan Taiwan pada 5 dan 6 Disember 2023.

Walaupun disambut pada tiga keadaan yang berasingan, objektif mesyuarat tersebut adalah yang sama: untuk membincangkan potensi kerjasama dua hala dan membentuk perkongsian di bawah Program Kolaborasi Antarabangsa (UPM-ICP). Diharapkan dengan perbincangan ini, usaha SPS UPM untuk memperluaskan bilangan kerjasama akan memberikan hasil yang berjaya, memandangkan kini terdapat 8 program UPM-ICP yang ditawarkan di 5 universiti rakan di Australia, Jepun, Thailand, Turki, dan Iran.

Antara tetamu yang hadir adalah Prof. Dr. Raymond Lee dari University of Portsmouth (UK), Assoc. Prof. Dr. Zhong-Tao Jiang dari Murdoch University (Australia), dan Dr. Chih-Wei Tung, Dr. Shih-Fang Chen, dan Puan Yvonne Tsai dari National Taiwan University.

 

  

 

Tarikh Input: 04/12/2023 | Kemaskini: 08/01/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDTAs~