SPS Mengorak Langkah Positif Dalam HKIP 2022 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » SPS Mengorak Langkah Positif dalam HKIP 2022

SPS Mengorak Langkah Positif dalam HKIP 2022

6 Disember 2022, Serdang - Kerjasama pasukan menjadi tonggak utama dalam kejayaan penuh bermakna Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) bersempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2022. Program pengiktirafan tersebut yang merangkumi pelbagai aspek pentadbiran dan perkhidmatan , telah membuka lebih banyak ruang penambahbaikan bagi setiap PTJ yang telah mengambil bahagian.

SPS telah berjaya menempa kejayaan dalam beberapa anugerah yang dipertandingkan seperti yang berikut:
Piala Pusingan:
1. Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran
- (Komponen Indeks Akauntabiliti, Sumber Manusia, Pengurusan Laman Web, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), Pengurusan Petunjuk Prestasi (KPI), Inovasi Perkhidmatan, Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (EKSA), Jaringan Industri & Komuniti, Kelestarian Hijau dan Pengurusan Pelanggan]
2. Anugerah Pengurusan Laman Web

Anugerah Lain:
1. Juara Anugerah Pengurusan EKSA (Kumpulan B)
2. Juara Anugerah Pengurusan Laman Web (Kumpulan D)
3. Juara Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran (Kumpulan B)

Persediaan bagi proses pengauditan dan pemarkahan bagi setiap kategori telah dijalankan sejak awal tahun 2022 oleh setiap ahli SPS. Sesungguhnya kejayaan ini menjadi satu dorongan dan motivasi berterusan untuk semua warga SPS bagi sentiasa menambahbaik serta menjaga kualiti perkhidmatan PTJ secara berterusan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemuanya!

Tarikh Input: 06/12/2022 | Kemaskini: 03/01/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEbDA7~