SPS Menyambut Iftar Untuk Meraikan Kesyukuran | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » SPS Menyambut Iftar Untuk Meraikan Kesyukuran

SPS Menyambut Iftar Untuk Meraikan Kesyukuran

7 April 2023, Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah mengadakan jamuan berbuka puasa (Iftar) bersama warga staf SPS bersama ahli keluarga. Usaha ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan tenaga kerja SPS di samping menzahirkan rasa kesyukuran dalam bulan Ramadhan tersebut.

Hampir 80 orang staf berserta ahli keluarga telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Program tersebut telah dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah di bilik Putra Sarjana dan lobi dalam SPS. Majlis berbuka telah bermula jam 7.35 malam diikuti dengan solat Isyak dan terawih berjemaah serta sedikit aktiviti bersama kanak-kanak yang hadir. Aneka makanan yang ditempah dan disediakan oleh warga SPS telah dihidangkan buat kesemua yang hadir. Kemeriahan malam itu dapat dirasai apabila kanak-kanak mula menyertai sesi karaoke dan acara bermain mercun, secara terkawal.

Sambutan ringkas ini adalah antara usaha SPS bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan staf SPS yang bergerak secara satu badan organisasi. Sambutan tersebut telah berakhir sekitar jam 9.30 malam dengan sesi fotografi bersama hadirin yang diraikan.

 

   

Tarikh Input: 19/04/2023 | Kemaskini: 07/06/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDVAl~