SPS Menyinar Di Pentas HKIP UPM 2023/2024 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » SPS Menyinar di Pentas HKIP UPM 2023/2024

SPS Menyinar di Pentas HKIP UPM 2023/2024

20 November 2024 - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2023/2024 pada 20 November 2024 (Rabu), bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM. Dengan tema "Melagang Inovasi Menjulang Kualiti", Majlis Sambutan HKIP UPM Tahun 2023/2024 buat kali kesembilan ini dianjurkan secara bersama oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA) dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.

  

Penganjuran Majlis Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Tahun 2023/2024 memberi platform kepada staf Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk memacu serta membudayakan inovasi dan kreativiti Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang boleh dimanfaatkan dalam organisasi.

Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata beliau yakin dengan penerapan inovasi secara menyeluruh dapat membina masa depan yang lebih cemerlang dengan memastikan bahawa kualiti menjadi budaya universiti. Selain itu, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan turut melancarkan “Buku Inovasi Perkhidmatan 2016 - 2024 UPM” yang menghimpunkan projek-projek inovasi pertandingan HKIP dari tahun 2016 sehingga tahun 2024 dan “Buku Panduan Apel.C UPM” terbitan CQA untuk pelajar serta penasihat, moderator dan penilai. Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM, Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib berkata, program dwi tahunan yang bertemakan “Melagang Inovasi, Menjulang Kualiti" menyumbang peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan untuk memastikan UPM memperkasakan perkhidmatan dan kekal relevan.

SPS telah berjaya menempa kejayaan dalam beberapa anugerah yang dipertandingkan seperti yang berikut:

Piala Pusingan:
1. Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran
- (Komponen Indeks Akauntabiliti, Sumber Manusia, Pengurusan Laman Web, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), Pengurusan Petunjuk Prestasi (KPI), Inovasi Perkhidmatan, Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (EKSA), Jaringan Industri & Komuniti, Kelestarian Hijau dan Pengurusan Pelanggan]
2. Anugerah Pengurusan Laman Web

Anugerah Lain:
1. Juara Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran (Kumpulan B)
2. Juara Anugerah Pengurusan Laman Web (Kumpulan D)
3. Tempat Ketiga Anugerah Pengurusan EKSA (Kumpulan A)

Kejayaan ini menjadi satu dorongan dan motivasi berterusan untuk semua warga SPS bagi sentiasa menambahbaik serta menjaga kualiti perkhidmatan PTJ secara berterusan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemuanya!

Tarikh Input: 20/11/2024 | Kemaskini: 30/11/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (09:05:03am-09:10:03am, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]