Staf SPS Menyinar Di Pentas Semi-Akhir Senada Putra | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Staf SPS Menyinar di Pentas Semi-Akhir Senada Putra

Staf SPS Menyinar di Pentas Semi-Akhir Senada Putra

11 September 2024 - Seramai 24 peserta dalam kalangan staf UPM terpilih dan layak ke peringkat separuh akhir program Senada Putra 16 daripada 41 orang yang hadir ke sesi ujibakat sempena program Senada Putra 16 pada 10 Julai yang lalu. Kesemua finalis telah berentap mempersembahkan nyanyian terbaik di pentas Senada Putra yang berangsung di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 11 dan 12 September 2024 (Rabu & Khamis) yang lalu.

      

 

Antara juri jemputan pada hari penilaian tersebut adalah YBhg. Dato’ Mokhzani Ismail, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM. 10 finalis yang dinilai layak mara ke peringkat akhir yang akan diadakan pada awal tahun hadapan. Staf SPS, Muhammad Irfan Ibrahim adalah antara yang terpilih mara ke peringkat akhir.

Siri program Senada Putra 16 kali ini memfokuskan untuk menyediakan medan manifestasi seni budaya kepada staf UPM dari pelbagai latar belakang jawatan. Ia juga bagi menyediakan ruang dan peluang kepada staf UPM menonjolkan bakat dan kemahiran dalam bidang nyanyian.

Selain itu, ia sebagai salah satu inisiatif PKKSSAAS melaksanakan program menerusi pendekatan Work-Life Balance bagi membantu UPM mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan di samping dapat membantu meningkatkan kesejahteraan pekerja dan mengurangkan masalah kesihatan mental dalam kalangan warga UPM. Melalui aktiviti ini, staf berpeluang untuk melepaskan tekanan kerja dan meneroka minat peribadi dalam suasana yang lebih santai.

   

Tarikh Input: 11/09/2024 | Kemaskini: 18/09/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (06:20:29pm-06:25:29pm, 17 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]