16 Oktober 2022 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet SPS, Encik Azrul Nizam Azmi dan Encik Muhammad Amirul Afif Sa'audi kerana telah terpilih mewakili pasukan UPM dalam acara Petanque dan Bola Sepak Pantai SUPANUN 2022.
SUPANUN 2022 adalah anjuran Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyaksikan sebanyak enam acara sukan di pertandingkan iaitu Bola Sepak Pantai lelaki, Bola Jaring Pantai wanita, Tarik Tali pantai lelaki, Sepak Takraw Pantai senior dan veteran lelaki, Bola Tampar pantai lelaki dan wanita dan acara Petanque Bergu lelaki dan wanita. Pertandingan berlangsung di Pantai Batu 5, Port Dickson Negeri Sembilan bermula pada 13 hingga 16 Oktober 2022.
Sebanyak 31 agensi mengambil bahagian dalam karnival tersebut dengan seramai lebih 700 atlet dan pegawai serta sukarelawan terlibat dalam temasya tersebut. Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi merangkap Bendahari PBBM.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 17/10/2022 | Kemaskini: 03/11/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203