SERDANG, Mac 2022 – Unit Perhubungan Institusi dan Bantuan Kewangan (PIBK) Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah mengambil initiatif untuk berkongsi maklumat berkenaan struktur bantuan program dan bantuan kewangan yang ditawarkan di SPS. Usaha atas talian ini telah dijalankan secara bersiri bagi bulan April 2022 dengan kumpulan sasaran yang berbeza. Kesemua slot telah memfokuskan perkara berkenaan International Collaborative Programme (ICP), program jalinan industri, biasiswa dan bantuan kewangan.
Seramai 40 orang peserta telah menghadiri slot pertama yang dijalankan pada 8 April 2022 bagi fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) serta Fakulti (FK). Para peserta terdiri daripada pelajar pascasiswazah, pelajar tahun akhir prasiswazah, ahli akademik dan pegawai fakulti.
Sesi kedua perkongsian ini telah diadakan pada 15 April bersama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) serta Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB). Seramai 95 orang peserta dari kategori yang sama telah mendapat faedah dengan menghadiri sesi tersebut.
Tarikh Input: 12/04/2022 | Kemaskini: 28/04/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203