Taklimat Biasiswa (Master & PhD) Dan Geran Oleh SEARCA | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Taklimat Biasiswa (Master & PhD) dan Geran oleh SEARCA

Taklimat Biasiswa (Master & PhD) dan Geran oleh SEARCA

Pihak Southeast Asian Regional Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA) kini sedang menawarkan peluang biasiswa bagi pelajar program Master dan PhD di dalam pelbagai bidang seperti Sains Pertanian/Biologi, Perhutanan dan Perikanan, Sains Sosial, Sains Persekitaran, Ekonomi and Perniagaantani dan Teknologi Agro-Industri dan Kejuruteraan.

Biasiswa ini terbuka kepada semua warga ASEAN untuk menyambung pengajian dalam 6 universiti tertinggi di Asia Tenggara termasuk Univerisiti Putra Malaysia. Berikutan peluang ini, UPM dan SEARCA telah melaksanakan sesi taklimat biasiswa secara maya dengan jayanya pada Jumaat, 26 Jun 2020 menggunakan aplikasi Cisco Webex Meeting.

Dr. Maria Cristeta N. Curesma telah dijemput sebagai panel jemputan dan lebih daripada 100 pelajar pascasiswazah telah hadir taklimat yang berdurasi selama dua(2) jam tersebut. Sebelum tamat, sesi Q & A diadakan bagi memberi peluang peserta untuk lebih faham tentang biasiswa tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai biasiswa yang ditawarkan oleh SEARCA, sila layari https://www.searca.org/.

 

     

Tarikh Input: 30/06/2020 | Kemaskini: 30/06/2020 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXETXAZ~