Taklimat Biosecurity And Safety Awareness | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Taklimat Biosecurity and Safety Awareness

Taklimat Biosecurity and Safety Awareness

16 Julai 2022, Serdang -  Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah mendapat peluang untuk bekerjasama dengan Institutional Biosafety and Biosecurity Committee (IBBC) UPM dalam menganjurkan Seminar dalam talian Putra Sarjana: Biosafety and Biosecurity Awareness bagi pelajar siswazah semasa pada 15 Julai 2022, menggunakan aplikasi Zoom Meetings.

IBBC UPM mengkaji tatacara/protokol berkaitan bahan biohazard, memutuskan kelulusan tahap atau menghantar protokol yang dikaji kepada jawatankuasa untuk penelitian. Hanya selepas itu, seseorang penyelidik akan menghantar protokol yang telah dikaji dalam Borang 1 IBBC (dilakukan oleh penyelidik) dan 2 (dilakukan oleh penyelia makmal) kepada NIH-IMBB Central Lab bagi pengeluaran sijil/ pelepasan.  Sijil/ pelepasan IBBC akan ditandatangani oleh pengesrusi keseluhan jawatnkuasa setalh protokol tersebut telah dikaji sepenuhnya.

Barisan speaker yang telah dijemput adalah Dr. Nor Yasmin Abd Rahaman dari Fakulti Perubatan Veterinar yang berkongsi berkenaan Overview of Laboratory Biosafety and Biosecurity Practices  manakala, Assoc. Prof. Dr. Suet Lin dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul the meneruskan sesi dengan taklimat berkenaan Procedure and Execution of UPM Biosafety and Biosecurity.

Hampir 300 orang pelajar siswazah telah mengambil bahagian dalam seminar selama dua (2) jam tersebut. Sesi Q&A telah dibuka bagi para peserta bertanyakan soalan kepada para speaker untuk pemahaman lebih lanjut.

Seminar tersebut telah berlangsung dari jam 3.00 hingga 5.00 petang.

Tarikh Input: 18/07/2022 | Kemaskini: 25/07/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXETQAt~