15 Julai 2022, Serdang - Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi UPM akan diadakan pada bulan Disember 2022 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga UPM terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja, memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti dalam tugas serta perkhidmatan, merealisasikan pengamalan proses, dan menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Anugerah Penarafan Bintang Laman Web merupakan salah satu sub-komponen bagi pemarkahan setiap PTJ di UPM. Satu taklimat kriteria pemarkahan bagi Anugerah Penarafan Bintang Laman Web telah diadakan pada 14 Julai 2022. Taklimat tersebut telah membentangkan 13 kriteria pemarkahan laman web secara terperinci kepada setiap pentadbir laman web PTJ.
13 kriteria tersebut adalah:
Setiap PTJ telah dikategorikan kepada 6 kategori iaitu fakulti, institut, pusat, pejabat/jabatan/bahagian/sekolah, kolej dan perkhidmatan. Perbezaan kategori adalah dari segi pengiraan markah berdasarkan skop tanggungjawab PTJ.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Shafree daripada Pusat Pembangunan dan Komunikasi (iDEC) secara dalam talian bermula pada jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Setelah taklimat selesai, sesi soal jawab diadakan bagi meleraikan kekeliruan setiap pentadbir laman web.
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 25/07/2022 | Kemaskini: 25/07/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203