10 Feb 2022, Khamis – Jawatankuasa EKSA SPS telah mengadakan satu sesi taklimat dan perbincangan mengenai persediaan lukisan mural yang akan diadakan pada Gotong-Royong Mega SGS pada 26 Mac 2022. Taklimat ini disampaikan oleh Encik Mohamad Indra Shahril Zainal daripada Fakulti Pertanian dan dihadiri oleh JK EKSA serta pasukan mural SPS. Tujuan utama lukisan mural ini adalah bagi menceriakan bangunan SPS dan memberi peluang kepada pelajar yang hadir merakam gambar kenangan di SPS. Semasa sesi ini, staf SPS yang terlibat telah diberikan penerangan secara terperinci mengenai lukisan mural dan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian dalam menghasilkan lukisan mural seperti tema, teknik, pemilihan warna dan medium yang akan digunakan. Taklimat ini disusuli dengan lawatan ke tapak mural dan berakhir kira-kira jam 11.30 pagi.
Tarikh Input: 14/02/2022 | Kemaskini: 31/05/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203