Pada hari Sabtu, 31 September 2020, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah melaksanakan sesi taklimat bagi pelajar baharu pascasiswazah yang telah mendaftar bagi semester pertama sesi 2020/2021 secara maya dengan jayanya menggunakan aplikasi Cisco Webex. Hampir 1000 pelajar baharu pascasiswazah telah turut serta dalam taklimat tersebut.
Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan dan diteruskan dengan taklimat dan penjelasan oleh Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah mengenai perkara-perkara yang meliputi perspektif berikut: akademik, tesis, hal ehwal pelajar, sokongan pembelajaran, bantuan kewangan dan mobiliti.
Pelajar turut diperkenalkan dengan Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM (UPMISA). Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM ditubuhkan untuk meningkatkan pengalaman pelajar antarabangsa di UPM dan memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pengalaman, rangkaian dan berintegrasi dengan pelajar-pelajar lain.
Sebelum tamat, sesi Q & A diadakan bagi memberi peluang pelajar untuk lebih faham tentang taklimat dan penjelasan yang telah disampaikan. Taklimat itu bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
Tarikh Input: 30/11/2020 | Kemaskini: 04/12/2020 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203