Taklimat Pengukuhan EKSA SPS | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Taklimat Pengukuhan EKSA SPS

Taklimat Pengukuhan EKSA SPS

13 April 2023, Serdang – Dalam usaha memantapkan pengamalan nilai Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) sedia ada, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menganjurkan satu sesi perkongsian Fasilitator EKSA UPM bersama warga SPS. Sesi perkongsian ini telah dikendalikan oleh En. Sahrizan Mat Yatim dari Pusat Perhubungan Alumni UPM.

Seramai 27 orang staf dan pegawai SPS telah menghadiri sesi dua (2) jam yang bermula pada 2.30 petang itu. En. Sahrizan telah berkongsi pengetahuan beliau berdasarkan garis panduan terkini EKSA yang dipatuhi oleh UPM, menggunakan slaid PowerPoint beliau. Maklumat tersebut meliputi pengurusan ruang pejabat, kawalan keselamatan dan pengekalan imej korporat PTJ.

Sesi yang bertempat di Bilik Mesyuarat 1 (BM 1) itu telah berakhir sekitar 4.45 petang dengan sesi fotografi bersama peserta.

 

 

Tarikh Input: 28/04/2023 | Kemaskini: 07/06/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDMAI~